Rabu, Agustus 27, 2008

wanita


Hati kecil ini terpanggil

meluahkan kata

mengenai insan

yang bergelar wanita

Dilahirkan sebagai hawa

kaum yang dianggap lemah ini

tidak pernah teragak-agak

untuk bergandingan bahu dan berdiri lurus

sebaris dengan golongan perwira

sebagai serikandi suci

dan terus mekar mewangi di medan dakwah

dan perjuangan hakiki

dalam merebut kasih Illahi

bertepatan dgn fitrah wanita

lembut adalah kekuatan

disebalik ketabahan dan kebijaksanaan

Wanita..

memiliki sentuhan ajaib

yang terlalu sukar untuk diganggu gugat

sehingga istimewanya wanita

apabila dianugerahkan Allah

sebagai tapak semaian pertama

benih-benih generasi

yang bakal menerajui dunia

dengan pelbagai warna

dan corak tersendiri.

Jasa wanita..

dalam pembangunan institusi kekeluargaan

tidak pernah dinafikan

dalam peradaban

sejarah pembangunan manusia.

Senyumannya..

adalah rahsia

yang tersimpan di lubuk hati

dan tangisannya adalah

saratnya rasa

yang ditanggung di sanubari.

Namun seketika dahulu,

wanita dianggap pencetus hina’

dalam kehidupan keluarga

Membenarkannya hidup seumpama

membenarkan kehinaan

bertapak di bumi nyata

dan pernah juga menjadi

golongan yang terbuang

serta tidak diakui martabatnya,

Lantaran kalam Allah yang bermaksud:-

‚’’ dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah,Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya, Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?, ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu“ (surah: An Nahl: ayat 58-59)

Namun kedatangan Islam

meninggikan martabat

dan melindungi hak golongan ini

Islam mengiktiraf wanita

sebagai sayap kiri dalam perjuangan

Maka berbangga dan bersyukurlah kamu

insan yang bergelar

Muslimah…

Duhai wanita….

Hargailah apa yang ada padamu

gunakan ia sebaiknya

dan peliharalah maruah mu

setinggi kejora di dasar langit

agar ia tidak direndahkan

atau dipijak sekali lagi

serendah pasir terdampar

Masyhurnya seorang wanita

kerana rahsia

yang tersembunyi

walaupun hakikat kehadirannya

cukup menggegarkan

MA TUR NU WON telah mengunjungi blog saya, selamat bersilaturahmi di dunia maya yaaa...